Monday, June 29, 2015

ANTARA FOTO, VIDEO DAN ARTIKEL, YANG MANAKAH MEMBERI PULANGAN (ROI) LEBIH BAIK?

Pengenalan:

Pemasaran kandungan atau content marketing ialah aktivit pemasaran yang melibatkan penciptaan dan perkongsian media dan kandungan penerbitan untuk memperoleh dan mengekalkan pelanggan.


Berbalik kepada tajuk artikel, graf berikut boleh memberikan kita sedikit panduan:


my-integrated-marketing-Which Content Marketing Tactics Get the Best ROI


Artikel pilihan, video dan white paper (laporan rasmi) merupakan kandungan yang paling kos-efektif, namun 49.8% responden menyatakan video adalah kandungan yang paling sukar untuk dihasilkan walaupun memberikan peratusan pulangan ROI yang kedua tertinggi.


Menghasilkan artikel dan white paper kelihatan lebih mudah dan murah, namun ada juga persoalan lain, “Siapakah yang lebih baik menghasilkannya, individu atau diwakili oleh jenama atau syarikat sebagai penulisnya?”


Kajian menunjukkan yang authorship memainkan peranan penting, dan lebih berkesan oleh individu berprofil tinggi. Dua pertiga menyokong kepentingan authorship:


my-integrated-marketing-Which Content Marketing Tactics Get the Best ROI-3


Saya tiada authorship, bagaimana?
Tidak perlu bimbang, anda hanya perlu menulis artikel bermula dari sekarang! :)

Seterusnya dapatan juga menunjukkan perubahan fokus pemasaran:


my-integrated-marketing-Which Content Marketing Tactics Get the Best ROI-2


Ini sedikit mengelirukan.


Berdasarkan graf di atas, mengapakah content marketing dan social media adalah berbeza?


Saya percaya content marketing yang dimaksudkan melibatkan penghasilan kandungan yang dirancang, disusun dan direkodkan dengan baik, dan media sosial menjadi salah satu saluran perkongsian. Saya juga percaya semua kandungan ini dipusatkan di website, bukan di sosial media atau email dan lain-lain.


Saya hanya ada Facebook dan Instagram, bagaimana?
Termudah ialah buka blog percuma di Blogger.com, dah ok nanti dapatkan website :)

Rujukan: eMarketer.com


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#PemasaranWeb

#WebMarketing



ANTARA FOTO, VIDEO DAN ARTIKEL, YANG MANAKAH MEMBERI PULANGAN (ROI) LEBIH BAIK?

No comments:

Post a Comment