Sunday, July 5, 2015

MENILAI KEMPEN PEMASARAN

Adakah anda mempunyai dashboard untuk memantau semua respon, signal atau data daripada kempen pemasaran anda?


Apakah kepentingannya:


  • Memudahkan penilaian keberkesanan kempen pemasaran anda.

  • Mengukur pencapaian objektif.

  • Membantu membuat keputusan bagi tindakan seterusnya.

  • Memaksimumkan pulangan dari kos pemasaran.

  • Meminimumkan kerugian kos pemasaran.

  • Melihat peluang lain atau trend yang bakal muncul.

 


Berikut adalah contoh dashboard graf bagi suatu jenama fesyen. Ianya menunjukkan respon terhadap jenama tersebut:


  • Jenis media terpopular : Instagram

  • Negara terpopular : Amerika Syarikat

  • Bahasa terpopular: Inggeris

  • Sentimen: Majoriti menerima baik dan ada persepsi yang baik terhadap jenama ini.

my-integrated-marketing-communication-strategy-campaign-plan-hadi-kamarudin-performance-per-dimension


 


Bagaimana pula respon kempen pemasaran anda?


 


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#PemasaranWeb

#WebMarketing



MENILAI KEMPEN PEMASARAN

Monday, June 29, 2015

ANTARA FOTO, VIDEO DAN ARTIKEL, YANG MANAKAH MEMBERI PULANGAN (ROI) LEBIH BAIK?

Pengenalan:

Pemasaran kandungan atau content marketing ialah aktivit pemasaran yang melibatkan penciptaan dan perkongsian media dan kandungan penerbitan untuk memperoleh dan mengekalkan pelanggan.


Berbalik kepada tajuk artikel, graf berikut boleh memberikan kita sedikit panduan:


my-integrated-marketing-Which Content Marketing Tactics Get the Best ROI


Artikel pilihan, video dan white paper (laporan rasmi) merupakan kandungan yang paling kos-efektif, namun 49.8% responden menyatakan video adalah kandungan yang paling sukar untuk dihasilkan walaupun memberikan peratusan pulangan ROI yang kedua tertinggi.


Menghasilkan artikel dan white paper kelihatan lebih mudah dan murah, namun ada juga persoalan lain, “Siapakah yang lebih baik menghasilkannya, individu atau diwakili oleh jenama atau syarikat sebagai penulisnya?”


Kajian menunjukkan yang authorship memainkan peranan penting, dan lebih berkesan oleh individu berprofil tinggi. Dua pertiga menyokong kepentingan authorship:


my-integrated-marketing-Which Content Marketing Tactics Get the Best ROI-3


Saya tiada authorship, bagaimana?
Tidak perlu bimbang, anda hanya perlu menulis artikel bermula dari sekarang! :)

Seterusnya dapatan juga menunjukkan perubahan fokus pemasaran:


my-integrated-marketing-Which Content Marketing Tactics Get the Best ROI-2


Ini sedikit mengelirukan.


Berdasarkan graf di atas, mengapakah content marketing dan social media adalah berbeza?


Saya percaya content marketing yang dimaksudkan melibatkan penghasilan kandungan yang dirancang, disusun dan direkodkan dengan baik, dan media sosial menjadi salah satu saluran perkongsian. Saya juga percaya semua kandungan ini dipusatkan di website, bukan di sosial media atau email dan lain-lain.


Saya hanya ada Facebook dan Instagram, bagaimana?
Termudah ialah buka blog percuma di Blogger.com, dah ok nanti dapatkan website :)

Rujukan: eMarketer.com


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#PemasaranWeb

#WebMarketing



ANTARA FOTO, VIDEO DAN ARTIKEL, YANG MANAKAH MEMBERI PULANGAN (ROI) LEBIH BAIK?

Wednesday, June 24, 2015

LANDSKAP INTEGRATED MARKETING.. DI MANA MAHU BERMULA?

Lihat carta berikut, ada 4 segmen utama:


  1. Atas talian (Online).

  2. Penjualan.

  3. Bukan atas talian (Offline).

  4. Penjenamaan.

my-integrated-marketing-communication-strategy-campaign-plan-hadi-kamarudin-landscape


Saya percaya pemasaran perniagaan atau bisnes melibatkan beberapa item di dalam segmen-segmen tersebut, tidaklah satu sahaja semata-mata.


Syarikat-syarikat besar dengan budget yang besar mampu melaksanakan kempen pemasaran mereka meliputi semua item tersebut, dan yang terpenting disampaikan dengan mesej yang konsisten dan akhirnya mencapai objektif yang disasarkan.


Manakala bagi syarikat kecil, kita boleh bermula dengan laman web atau sekurang-kurangnya blog. Mengapa?


Apakah pula strategi anda? Kongsikan bersama kami :)


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#PemasaranWeb

#WebMarketing



LANDSKAP INTEGRATED MARKETING.. DI MANA MAHU BERMULA?

Monday, June 22, 2015

INTEGRATED MARKETING : IKLAN YANG BOLEH DIRASA! ..BERHATI-HATI, ANDA YANG SEDANG BERPUASA ;)


Apakah pula strategi integrated marketing anda?


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#Ramadhan

#Ramadan



INTEGRATED MARKETING : IKLAN YANG BOLEH DIRASA! ..BERHATI-HATI, ANDA YANG SEDANG BERPUASA ;)

Sunday, June 21, 2015

PROMOSI RAMADHAN : KEDAI SAMA, MENU SAMA, PERAYAAN SAMA.. TAPI IKLAN BERBEZA, MENGAPA?

Ini iklan atau poster pada tahun 2011:


my-integrated-marketing-hadikamarudin-malaysia-manhattan-fish-market-ramadhan-promo-2011-1


Ini pula pada tahun 2015 kini:


my-integrated-marketing-hadikamarudin-malaysia-manhattan-fish-market-ramadhan-promo-2015


 


Sekali imbas, apakah perbezaan ketara? Dan mengapa?


ps : Kami bukanlah ejen jualan atau bersangkut paut dengan syarikat tersebut ya. Sekadar menjadi contoh yang baik, dalam perkongsian bersama ini 😉


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#Ramadhan

#Ramadan



PROMOSI RAMADHAN : KEDAI SAMA, MENU SAMA, PERAYAAN SAMA.. TAPI IKLAN BERBEZA, MENGAPA?

Thursday, June 18, 2015

PEMASARAN ONLINE: "RAMADAN" ATAU "RAMADHAN"?

Beza hanya pada 1 huruf; ‘H’, namun ianya menghasilkan hasil carian yang berbeza di enjin carian seperti Google.


Ini merupakan kata kunci atau keyword yang penting, namun bermusim. Kata kunci ini boleh diletakkan pada artikel, grafik, foto dan juga video.


Untuk pasaran Malaysia, lebih baik menggunakan kata kunci ‘Ramadhan’. Mengapa?


integrated-marketing-hadikamarudin-ramadan-ramadhan-trend-malaysia


integrated-marketing-hadikamarudin-ramadan-ramadhan-search-2


 


Manakala berikut pula adalah bagi kata kunci ‘Ramadan":


integrated-marketing-hadikamarudin-ramadan-ramadhan-trend-1


integrated-marketing-hadikamarudin-ramadan-ramadhan-search-1


 


Daripada perbezaan paparan skrin di atas, bolehlah anda pilih kata kunci yang sesuai mengikut pasaran sasaran anda!


Ianya juga bukan sekadar pada medium online sahaja, medium offline juga bolehlah menggunakan kata kunci yang sama kerana jelas masyarakat tempatan di Malaysia lebih biasa menggunakan ‘Ramadhan’ berbanding ‘Ramadan’.. walaupun sebenarnya ‘Ramadhan’ tiada dalam Kamus DBP!


Tidak percaya? Sila klik pautan di bawah:


+ ‘Ramadan’


+ ‘Ramadhan’     😉


 


#MyIntegratedMarketing

#SMEMarketing

#OnlineMarketing

#PemasaranOnline

#PemasaranBersepadu

#TipsPemasaran

#Ramadhan

#Ramadhan





PEMASARAN ONLINE: "RAMADAN" ATAU "RAMADHAN"?

Sunday, June 14, 2015

ONLINE MARKETING DI SINI, OFFLINE MARKETING DI SANA

Bolehkah kongsikan, bagaimana anda memastikan mesej yang disampaikan selari, betul atau sama? Dan boleh dinilai hasilnya?


Pemasaran online dan pemasaran offline, ini adalah sebahagian daripada yang kami tahu.


Pernahkah anda buat pemasaran bisnes menggunakan platform online ini?


Dahulu:


  • Friendster.

  • MySpace.

Sekarang:


  • Email.

  • Whatsapp.

  • Facebook.

  • Twitter.

  • Google+.

  • YouTube.

  • Blogger.

  • Website.

  • Foursquare.

Mungkin nanti:


  • SMS.

  • Pinterest.

  • Slideshare.

  • LinkedIn.

  • Business directories, contohnya:
    • Majalah.com

    • Website business group; alumni etc.


  • Augemented reality.

  • Mobile app.


Juga pernahkah anda guna juga pemasaran bisnes menggunakan kaedah offline ini?


  •  Flyers.

  • Artikel atau iklan di surat khabar, majalah dll.

  • Hebahan radio.

  • Hebahan TV.

  • Billboard.

  • Kad bisnes.

  • Program bisnes; latihan, networking, sharing dll.

  • Sticker.

  • Merchandise.

  • Kedai.


.. dan pelbagai cara lagi!


Pening juga menguruskannya, ya kan?


Bolehkah kongsikan, bagaimana anda memastikan mesej yang disampaikan selari, betul atau sama? Dan boleh dinilai hasilnya?


#MyIntegratedMarketing

#IntegratedMarketing

#PemasaranBisnes

#Marketing

#SMEMarketing



ONLINE MARKETING DI SINI, OFFLINE MARKETING DI SANA